Dengan
nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Ya Allah, Seandainya
telah engkau catatkan Dia (seseorang yg pernah kita cintai) milikku, tercipta buatku... Satukanlah
hatinya dengan hatiku. Titipkanlah kebahagiaan antara kami agar
kemesraan itu abadi. Ya Allah Ya Tuhanku yang Maha Mengasihi,
Seiringkanlah kami melayari hidup ini, Ke tepian yang sejahtera dan
abadi. Maka jodohkanlah kami & peliharakan lah hubungan kami semoga dirahmati oleh Mu Ya Allah. Tetapi ya Allah, Seandainya telah
engkau takdirkan...Dia bukan milikku bawalah dia jauh dari pandangan
ku. Luputkanlah dia dari ingatanku dan peliharalah aku dari kekecewaan.
Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti, Berikanlah aku kekuatan menolak
bayangannya jauh ke dada langit dan hilang bersama senja yang merah
agarku sentiasa tenang walaupun tanpa bersama dengannya. Ya Allah yang
tercinta, pasrahkanlah aku dengan takdirMu. Sesungguhnya apa yang telah
engkau takdirkan adalah yang terbaik buatku. Sesungguhnya Engkau Maha
Mengetahui segala yang terbaik buat hamba-Mu ini. Ya Allah... Cukuplah
Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku di dunia dan di akhirat.
Dengarlah rintihan dari hamba-Mu yang dhaif ini. Janganlah engkau
biarkan aku bersendirian di dunia ini mahupun di akhirat, menjuruskan
aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran. Maka kurniakanlah aku seorang
pasangan yang beriman agar aku dan dia sama-sama dapat membina
kesejahteraan hidup ke jalan yang Engkau redhai. Dan kurniakanlah padaku
keturunan yang soleh dan solehah. Ya Allah, berikanlah kami kebahagiaan
di dunia dan kebahagiaan di akhirat dan peliharalah kami dari azab api
neraka. Amin. Ya rabbal 'aalamiin
(RAHMATULLAH RAZALI)